~ Fireflies
 ~ Water Facts
 ~ Progress @ Site
 ~ Safety
 ~ Environment
 ~ Orang Asli
 ~ Keeping Sg. Selangor Clean
 ~ News Room
 
     
   
  2002



OCTOBER



Shah Alam, 8 October 2002

SPLASH ANJUR SUKAN LASAK ECO X-TREME SELANGOR 2002

Sebanyak 60 kumpulan akan dapat menguji daya ketahanan dan keazaman para pesertanya di Splash Eco X-Treme Selangor 2002 yang akan diadakan pada 3hb hingga 4hb November 2002 di persekitaran kawasan Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor.

Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) bersama dengan Kerajaan Negeri Selangor adalah penganjur acara sukan lasak yang julung sekali diadakan di Sungai Selangor. SPLASH merupakan syarikat konsesi yang sedang melaksanakan projek Skim Bekalan Air Sungai Selangor Fasa 3 ataupun dikenali dengan nama SSP3 yang melibatkan pembinaan sebuah empangan air di Kuala Kubu Bharu.

Hj Azmi Mat Nor, Pengarah Eksekutif SPLASH berkata setiap kumpulan yang mengambil bahagian di dalam SPLASH Eco X-Treme Selangor 2002 akan diwakili oleh tiga peserta yang telah membuat persiapan rapi dan perancangan strategik untuk memenangi acara ini. Acara ini dibahagikan kepada tiga kategori: lelaki, wanita dan bercampur (mixed). Selain dari Malaysia, SPLASH Eco X-Treme Selangor 2002 akan melihat para peserta yang berasal dari Singapura, Hong Kong, Amerika Syarikat, England, Australia dan beberapa negara lain.

Dalam usaha memastikan bahawa pembinaan SSP3 tidak memberi kesan negatif kepada alam sekitar, SPLASH mengamalkan pengurusan ketat alam sekitar dan lembangan sungai.

"Kemajuan haruslah seimbang supaya khazanah negara yang kita miliki ini tidak hilang oleh arus pembangunan," kata beliau.

"SPLASH Eco X-Treme Selangor 2002 juga merupakan satu perlumbaan yang unik di mana para peserta terpaksa mencengkam mata dan bertungkus-lumus selama 12 jam tanpa henti untuk menamatkan perjalanan sejauh 100 km

mengelilingi persekitaran kawasan Kuala Kubu Bharu," katanya dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Shah Alam, Selangor.

"Bermula dari pukul 1 tengahari, 3hb November, kumpulan pertama yang akan dapat menamatkan perlumbaan SPLASH Eco X-Treme Selangor 2002 dijangka tiba pada pukul 1 malam, 4hb November," katanya lagi.

Katanya, kegiatan-kegiatan yang mesti dilalui oleh para peserta SPLASH Eco X-Treme Selangor 2002 melibatkan berlari jejak (trail running), berkayak (kayaking), berbasikal lasak (mountain biking), memanjat batu (rock climbing) dan beberapa lagi ujian misteri yang akan diadakan sepanjang perlumbaan ini nanti.

Turut berucap di sidang akhbar itu ialah YB Dato' Ir Lum Weng Keong, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Pembangunan Organisasi, Sains & Teknologi. Beliau berkata SPLASH Eco X-Treme Selangor 2002 dapat membuktikan bahawa pendekatan secara bersepadu oleh semua pihak termasuk kerajaan, syarikat-syarikat konsesi, pengusaha industri dan masyarakat umum dapat memastikan kejayaan isu pencemaran alam.

"SPLASH Eco X-Treme Selangor 2002 akan mendapat perhatian oleh penggemar-penggemar sukan lasak di negara kita mahupun di rantau ini. Ini sedikit sebanyak dapat menjulang nama negeri Selangor sebagai satu pusat eco-tourism yang terulung di negara kita ini," kata beliau.

Eco-tourism yang kian menjadi kegemaran pengunjung-pengunjung dari seluruh dunia sentiasa menitik beratkan keadaan semula jadi kepada semua aktiviti-aktiviti rekreasinya.

Kederasan arus jeram sungai diukur melalui Sistem Gred Antarabangsa yang terbahagi kepada enam kategori, dimana tahap keenam merupakan yang paling ekstrem. Sungai Selangor telah pun dikategorikan sebagai sungai gred tiga di mana aktiviti-aktiviti air seperti white water rafting dan sebagainya dapat dilakukan dengan jaya dan selamat.

Pihak yang berminat menyertai SPLASH Eco X-Treme Selangor 2002 boleh menghubungi Nomad Adventure di talian 8024 5152 untuk penyertaan di dalam acara yang unik ini atau e-mail kepada info@splash.com.my sebelum 23 Oktober 2002.

Maklumat Lanjut

Top of the page