~ Water Facts
 ~ Progress @ Site
 ~ Safety
 ~ Environment
 ~ Orang Asli
 ~ Keeping Sg. Selangor Clean
 ~ News Room
 
     
   
  2000



SEPTEMBER



30 September 2000, Kuala Kubu Bharu

Total safety compliance - a top priority at Sungai Selangor Water Supply Scheme Phase 3 (SSP3)

Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) ensures full compliance to safety procedures and guidelines in its commitment to develop a strong safety culture among its workers.

Workers' safety and health is top priority at all levels and stages of the construction progress of SSP3. Stringent safety management systems and the practice of no-compromise towards safety has merited SSP3 with a clean safety record, thus far.

"SPLASH intends and is committed to maintaining a good safety track record throughout the entire implementation of SSP3," said En Azmi Mat Nor, Chief Executive Officer of SPLASH.

He explains that a Safety and Health Committee was formed specifically to ensure compliance to statuary safety and health laws and adherence to SSP3 safety and health policy. This is achieved through the implementation of an effective safety management system and a well-planned program consisting of safety audits, procedures, training, emergency exercises and provision of a safe working environment.

SPLASH abides by the mandatory safety code of practice in the Occupational Safety and Health Act 1994 (Act 514) and Regulations and Factories and Machinery Act 1967 (Act 139) Regulations and Rules stipulated by the Ministry of Human Resources under its Department of Safety and Health (DOSH).

In addition, the Selangor state independent consultant, Kuala Lumpur International Airport Berhad (KLIAB), monitors all aspects of construction and safety of SSP3.

"Safety is also the responsibility of the employee. SPLASH aims to ingrain safety consciousness into the day-to-day task of every employee. This safety consciousness is not just for the duration of the safety week but is inculcated as part of their job behaviour and code of ethics," said En Azmi at the launch of SSP3 Safety Week.

The Safety Week was given the theme "Safety Begins with Me" in promoting and developing a safety culture at SSP3 and to increase employee understanding and awareness on personal and job safety.

Safety and health programs are organized throughout the safety week. This includes emergency rescue and safety exercises to familiarize workers with their roles and responsibilities should an accident occur at the work site, training and talks on safety procedures and methods and a site inspection by the Safety and Health Committee.

Tuan Haji Ir. Abu Bakar Che Man, Director General of Department of Safety and Health (DOSH), launched the Safety Week for SSP3 at Kuala Kubu Bharu. He also witnessed an emergency rescue exercise and Malaria screening for workers at the project site.

The fire brigade performing an emergency rescue drill at the work site

Tuan Haji IR. Abu Bakar Cheh Man, Director General of Department of Safety and Health (DOSH), endorsing SSP3 safety and health policy

Tuan Haji IR. Abu Bakar Cheh Man and En. Azmi Mat Nor (right) listening attentively to the briefing on safety equipment



Top of the page

30 September 2000, Kuala Kubu Bharu

Tuan Haji Ir. Abu Bakar Che Man, Director General of DOSH, speech for Sungai Selangor Water Supply Scheme Phase 3 (SSP3) Safety Week

" Selamat pagi dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan terima kasih kepada pihak pengurusan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (SPLASH) kerana memberi penghormatan kepada saya untuk berucap di majlis ini dan seterusnya merasmikan "Minggu Keselamatan Untuk Skim Bekalan Air Sungai Selangor Fasa 3 (SSF3).

Saya mengucapkan syabas kepada SPLASH kerana telah mengambil inisiatif mengadakan minggu keselamatan. Usaha ini menunjukkan bahawa pihak pengurusan SPLASH adalah komited terhadap tanggungjawab mereka tentang keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi mutu dan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di syarikat ini.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan memang perlu diberi perhatian berat oleh semua pihak. Sesuatu kemalangan di tempat kerja atau penyakit akibat persekitaran yang berbahaya akan mengakibatkan penderitaan dan kesengsaraan ke atas pekerja yang malang itu. Selain daripada itu, beliau juga akan memerlukan rawatan untuk pemulihan dan ini akan menjejaskan kehidupan pekerja itu serta ahli keluarganya.

Jika satu kemalangan atau penyakit perusahaan berlaku, ianya akan melibatkan berbagai kos yang lansung dan tidak langsung yang mana akan merugikan banyak pihak. Kos yang terlibat adalah pada orang yang terlibat dari segi hilang keupayaan, kecacatan anggota, kos perubatan dan tidak boleh berfungsi seperti asal dan dalam kes yang lebih serius hilang punca pendapatan kepada keluarga. Kepada pihak majikan pula kos yang akan terlibat di antaranya adalah dari segi terjejasnya pengeluaran, kos perubatan, kehilangan pekerja mahir yang mana perlu diganti dengan mengambil dan melatih pekerja baru, membaiki atau menganti jentera dan bahan yang rosak. Disamping itu juga pihak kerajaan terpaksa membayar pampasan yang meningkat setiap tahun. Dalam tahun 1999 PERKESO telah membayar pampasan mencapai kepada RM 500 juta.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kita semua sedar bahawa tenaga kerja adalah satu aset bagi sesebuah organisasi. Aset ini perlulah dijaga dengan sewajarnya supaya mereka dapat memberi sumbangan yang optimum kepada syarikat. Aspek keselamatan dan kesihatan mereka semasa bertugas serta juga keselamatan mereka semasa berulang-alik ke tempat kerja perlu diambil perhatian yang utama oleh pihak majikan.

Pencegahan kemalangan dan penyakit pekerjaan di tempat kerja memerlukan kerjasama semua pihak iaitu kerajaan, majikan dan pekerja. Keperihatinan dan komitmen kerajaan untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan dapat dilihat dengan penguatkuasaan undang-undang terkini, iaitu Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan juga peraturan-peraturan di bawahnya yang memberi pelindungan kepada pekerja-pekerja dalam hampir semua sektor industri. Akta ini telah menerapkan konsep 'self-regulation' dimana pihak majikan dan pekerja adalah bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja sentiasa terpelihara.

Adalah tidak dapat dinafikan bahawa penguatkuasaan undang-undang sahaja tidak dapat menangani masalah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Oleh itu, kerajaan juga telah memberi penekanan khusus kepada aspek latihan dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, di Bangi ditubuhkan untuk memenuhi kehendak ini dan menjalankan fungsi-fungsi yang lain seperti penyelidikan, menyediakan khidmat nasihat teknikal dan sebagai sumber maklumat berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pencegahan kemalangan di tempat kerja akan menjadi lebih berkesan sekiranya para majikan dan pekerja mempunyai tahap kesedaran yang tinggi tentang pentingnya keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja. Oleh yang demikian pihak majikan hendaklah memupuk budaya selamat dan sihat di tempat kerja masing-masing. Budaya ini tidak boleh dicapai dalam masa sekelip mata tetapi memerlukan usaha yang komited serta berterusan dan mendapat sokongan dari semua pihak terutamanya pihak pekerja. Salah satu cara untuk mencapai matlamat itu, pihak majikan mestilah melaksanakan pengurusan keselamatan dan kesihatan yang teratur. Usaha-usaha kearah meningkatkan prestasi keselamatan dan kesihatan di mana-mana tempat kerja tidak akan berhasil sekiranya sistem pengurusan yang dilaksanakan tidak mengikuti langkah-langkah asas iaitu mengadakan dasar keselamatan dan kesihatan, membuat struktur pengurusan yang sesuai, membuat perancangan dan pelaksanaan, mengukur prestasi dan mengkaji semua apa yang telah dilaksanakan.

Untuk menjadikan dasar keselamatan dan kesihatan lebih berkesan, kesungguhan dan penglibatan semua anggota organisasi adalah perlu. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan boleh digunakan sebagai satu 'platform' untuk mendapatkan penyertaan yang fomal dari pihak pekerja bagi mempraktikkan prinsip kerjasama di antara majikan dan pekerja yang sangat kritikal jika usaha-usaha ke arah peningkatan keselamatan dan kesihatan pekerjaan hendak berjaya.

Dalam menyediakan struktur organisasi yang sesuai pula, empat perkara perlu diambil kira. Pertama, kebolehan kakitangan menjalankan tugas, menyediakan kemudahan latihan yang perlu dan mendapatkan khidmat nasihat pakar.

Kedua, membuat pengawalan perjalanan sistem kerja dalam organisasi dimana pihak pengurusan perlulah menunjukkan contoh yang mereka adalah bersungguh-sungguh dalam usaha-usaha menangani masalah keselamatan dan kesihatan. Memastikan foreman dan penyelia tahu apa yang perlu mereka lakukan dan dipertanggungjawabkan atas apa yang mereka lakukan.

Ketiga, memupuk kerjasama semua pihak dalam organisasi. Dapatkan pendapat kakitangan atau wakil-wakil mereka dan libatkan mereka dalam perancangan, dan kajian semula prestasi, penyediaan kaedah dan prosidur dan juga penyelesaian masalah.

Dan keempat, mengadakan sistem komunikasi dan penyebaran maklumat yang efektif. Maklumat-maklumat berkaitan dengan bahaya, risiko dan cara pencegahannya hendaklah disampaikan kepada kakitangan dengan apa cara pun supaya mudah difaham.

Semua ini secara tidak langsung telah dimaktubkan di bawah kehendak-kehendak Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, dalam seksyen kewajipan am majikan dan pekerja. Tanggungjawab majikan boleh dirumuskan sebagai menyediakan dan menyenggara loji, peralatan dan jentera yang selamat, menyediakan maklumat berhubung dengan jentera dan bahan yang diguna, dan membentuk jawatankuasa keselamatan dan kesihatan.

Tanggungjawab am pihak pekerja pula boleh diringkaskan seperti menjaga keselamatan diri dan orang lain semasa bekerja, memakai dan menggunakan alat-alat pelindung diri, dan bekerjasama dengan majikan di dalam pematuhan Akta.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) akan sentiasa membuat penguatkuasaan bagi mempastikan peruntukan-peruntukan Akta itu dipatuhi. Pelanggaran kepada peruntukan Akta tersebut mungkin boleh mengakibatkan notis larangan atau pembaikan dikeluarkan atau syarikat tersebut dikenakan kompaun atau dikenakan tindakan mahkamah.. Walau bagaimanpun pihak kerajaan berpendapat bahawa pematuhan undang-undang secara sukarela hasil dari pendidikan dan galakkan kepada pihak-pihak berkenaan adalah lebih berkesan. Tindakan membawa mereka yang melanggar undang-undang ke mahkamah hanya akan diambil sebagai suatu tindakan terakhir setelah langkah-langkah awal telah gagal untuk dipatuhi oleh pihak yang berkenaan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Pihak kerajaan bukan sahaja mengadakan dan menguatkuasakan undang-undang, malah pihak kerajaan juga mengadakan program-program galakan untuk meninggkatkan kesedaran rakyat di negara ini tentang pentingnya keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Di antaranya adalah dengan mengadakan seminar, persidangan, poster, video dan sebagainya. Pada 19 Oktober 2000 yang akan datang Majlis Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara dan Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan Kempen Bulan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Tahun 2000 di peringkat nasional yang akan dilancarkan oleh Y.B. Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi.

Salah satu acara kemuncak pelancaran kempen ini adalah penyampaian anugerah kepada organisasi yang mempunyai rekod yang baik dalam menguruskan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja mereka. Usaha ini menunjukkan bahawa pihak kerajaan menyanjung tinggi usaha-usaha majikan yang perihatin kepada pekerja mereka dari segi keselamatan dan kesihatan supaya dapat mengelakkan akibat dan kerugian yang telah saya nyatakan tadi.

Minggu keselamatan yang dianjurkan oleh SPLASH ini juga menunjukkan komitmen pihak majikan bagi mempastikan tempat kerja di syarikat ini adalah selamat, sihat dan sejahtera. Saya berharap setiap pekerja di syarikat ini sama-sama terlibat di dalam semua program yang diatur oleh pihak pengurusan syarikat ini di dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Saya juga berharap dengan adanya usaha yang serupa ini diadakan dari semasa ke semasa, syarikat ini akan dapat menempa nama bukan sahaja di dalam negara malah juga di luar negara di dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Akhir sekali, saya ingin menyatakan bahawa matlamat untuk mendapatkan sesuatu tempat kerja yang selamat, sihat dan sejahtera memerlukan kerjasama dan penglibatan yang padu dan komited dari semua pihak. Saya berharap kerjasama yang telah ditunjukan oleh pihak majikan dan pekerja syarikat ini serta bantuan dari pihak luar akan terus diperkukuhkan demi untuk mencapai matlamat kemalangan sifar syarikat ini.

Dengan kata-kata itu, saya dengan lafaz Bismillah melancarkan dengan rasminya Minggu Keselamatan untuk Skim Bekalan Air Sungai Selangor Fasa 3.

Sekian, terima kasih. "




Top of the page

23 September 2000

Lawatan sambil belajar oleh 74 orang pelajar orang asli dari daerah Hulu Selangor anjuran SPLASH ke tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur

En Azman Mohd Saad, Penolong Pengurus Perhubungan Awam SPLASH sedang menunjuk ajar cara menggunakan kad laluan automatik di Stesyen Bangsar PUTRA LRT kepada pelajar-pelajar Orang Asli

Pelajar-pelajar ini berasa amat gembira apabila diberi peluang mencuba segala alatan canggih yang terdapat di Pusat Sains Negara.



Top of the page

22 September 2000, Kuala Kubu Bharu

YAB Dato' Dr. Mohd Khir Bin Toyo speech for 'Program Mesra Rakyat Bersama Orang Asli' at Sungai Selangor Water Supply Scheme Phase 3 (SSP3)

" Assalamualaikum,

YB Dato' Haji Ambrin bin Buang, YB Setiausaha Kerajaan Negeri,

Yang Berhormat-Yang Berhormat, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri,

Encik Azmi Mat Nor, Ketua Pegawai Eksekutif,

Tan Sri-Tan Sri, Dato-Dato, Tok Tok Batin, Ahli-Ahli Media Cetak dan Elektronik,

Selamat pagi dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada hadirin sekalian, kerana bersama saya dalam "Program Mesra Rakyat" pertama saya bersama masyarakat Orang Asli di tapak projek Sungai Selangor Fasa 3, (SSF3) Kuala Kubu Baru.

Program Mesra Rakyat yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah bertujuan untuk ahli-ahli politik dan pentadbir negeri bertemu, berkenalan dan membuka saluran perhubungan dengan seluruh rakyat. Ia akan membolehkan saya bercakap dengan satu suara dengan rakyat, dan untuk rakyat menyuarakan pandangan mereka kepada kerajaan. Pandangan dan maklum balas rakyat akan membolehkan kerajaan membuat keputusan dan mengambil tindakan dengan sebaik-baiknya demi kepentingan rakyat khasnya, dan Negeri Selangor, amnya. Oleh itu, saya berhasrat untuk mengadakan banyak pertemuan seperti ini di seluruh negeri pada masa akan datang, untuk mewujudkan hubungan secara langsung antara kerajaan dan rakyat.

Mesej penting yang ingin saya sampaikan dalam Program Mesra Rakyat ini ialah bahawa kerajaan bersungguh-sungguh untuk menunaikan tanggungjawab kerajaan, dan menggesa syarikat-syarikat swasta supaya menyokong usaha kerajaan dengan ikhlas dan terancang. Dalam usaha untuk menjadikan Selangor negeri perindustrian sepenuhnya menjelang tahun 2005, kita tidak boleh mengabaikan tanggungjawab sosial dan pembangunan rohaniah rakyat. Pembangunan perindustrian mestilah seiring dengan pembangunan masyarakat. Hanya dengan demikian barulah kita boleh menikmati taraf hidup yang lebih tinggi dan lebih berkualiti. Kerajaan telah menekankan 4 bidang utama untuk meneruskan usaha ini. Iaitu untuk meningkatkan Pendidikan, (Education) Kecekapan, (Efficiency) Keberkesanan (Effectiveness) dan E-Kerajaan (E-Government).

Saya memulakan Program Mesra Rakyat di Kuala Kubu Baru pada hari ini atas jemputan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd, atau ringkasnya 'SPLASH'. Saya gembira dengan komitmen SPLASH kepada pembangunan sosial dan masyarakat, kerana ia mencerminkan nilai-nilai dan dedikasi yang sama seperti yang dilaksanakan oleh kerajaan. Dalam melaksanakan projek yang sangat penting untuk membantu Negeri Selangor mencapai taraf perindustrian sepenuhnya, SPLASH juga berusaha melaksanakan pelbagai program pembangunan masyarakat, untuk membolehkan Orang Asli menikmati manfaat dan hidup makmur.

SSF3 ialah projek kerajaan dan sebahagian daripada rancangan menjamin sumber bekalan air untuk jangka panjang. Projek SSF3 menggunakan Sg Selangor sebagai sumber air dan merupakan sumber air yang terakhir di Selangor. Tanpa SSF3, kekurangan air yang serius dijangka berlaku pada tahun 2003. Untuk mengelakkan satu lagi krisis air seperti yang kita alami pada tahun 1998.

Kita perlu menyiapkan Projek SSF3 mengikut jadual. Saya difahamkan Projek SSF3 ini adalah melebihi jadual dan saya berharap kemajuan kerja yang ditunjuk sekarang dapat diteruskan. Bagi pihak kerajaan Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor akan terus memantau projek ini.

SSF3 adalah satu keperluan ekonomi dan tanggungjawab sosial yang penting untuk menyediakan bekalan air bersih kepada rakyat. Tanpa bekalan air yang mencukupi, kita tidak akan dapat mencapai kemajuan perindustrian, serta taraf dan kualiti hidup yang kita inginkan. SSF3 boleh disifatkan sebagai usaha dan tindakan kerajaan untuk memastikan gaya hidup dan kemajuan yang kita kecapi pada hari ini dapat kita nikmati dengan lebih baik lagi pada masa hadapan.

Bagaimanapun, saya ingin mengingatkan bahawa kita juga mempunyai tanggungjawab sosial untuk Menjimatkan Air. Kerajaan sedang berusaha untuk mengurangkan kehilangan air disebabkan kebocoran dan pencurian. Tetapi kita semua mempunyai peranan penting untuk dimainkan, iaitu tidak membazirkan sumber yang sangat berharga ini. Gunakanlah air dengan cermat dan jangan mensia-siakan bekalan air.

Kehadiran saya di sini pada hari ini adalah juga untuk menyaksikan beberapa acara penting bersama hadirin yang terdiri daripada Orang Asli Negeri Selangor. Selaras dengan penekanan kerajaan kepada Pendidikan, saya amat berbangga untuk menyampaikan, bagi pihak SPLASH, 5 biasiswa kepada pelajar Orang Asli yang layak menerimanya. Kepada para pelajar ini, saya menyeru mereka supaya belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam pengajian akademik mereka. Pendidikan ialah kunci kejayaan, yang akan membuka banyak peluang yang lebih baik pada masa hadapan. Saya sangat berharap agar pemberian biasiswa ini akan mendorong lebih ramai anak Orang Asli untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan mencontohi saudara-saudara mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Saya juga akan menyampaikan lot rumah yang diperuntukkan kepada Orang Asli dari Kampung Gerachi dan Kampung Pertak. Rumah serta kemudahan baru dan moden yang disediakan oleh SPLASH termasuk dewan masyarakat, surau dan tadika, serta juga klinik untuk pemeriksaan kesihatan dan pergigian. Semua ini disediakan untuk menjaga kesihatan fizikal dan keperluan rohaniah hadirin sekalian.

Saya berbangga melihat semua program untuk menaikkan taraf hidup dan memperbaiki kualiti hidup masyarakat Orang Asli telah difikirkan dan dilaksanakan dengan sebaik mungkin oleh kerajaan negeri. Saya berharap syarikat-syarikat swasta yang lain akan mencontohi usaha SPLASH ini. Saya ingin menekankan bahawa Kerajaan Negeri dan pegawai-pegawainya sentiasa bersedia untuk membantu meningkatkan pembangunan ekonomi, sosial dan rohaniah dengan segala cara yang boleh demi negeri dan rakyat Selangor.

Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada hadirin kerana bersama saya pada hari ini. Terima kasih. "




Top of the page

22 September 2000, Kuala Kubu Bharu


Dato' Menteri Besar Selangor presents Scholarship Awards and new home lots to orang asli during `PROGRAM MESRA RAKYAT' at Sungai Selangor Water Supply Scheme Phase 3 (SSP3)

YAB Dato' Dr Mohamad Khir bin Toyo, Dato' Menteri Besar of Selangor today presented scholarships to 5 Orang Asli from Selangor and allocated new home lots to Orang Asli in Ke Gerachi and Kg Pertak as part of `Program Mesra Rakyat' in Kuala Kubu Bharu, this morning.

In a ceremony at the Sungai Selangor Water Supply Scheme Phase 3 (SSP3) site office, YAB Dato' Dr Mohamad Khir handed out scholarships awarded by Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) to 5 Orang Asli for university education in Selangor.

The scholarship recipients were selected with the assistance of Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Each scholarship will award the recipient with a sum of RM6,000 a year for a course of their choice and this is the only scholarship awarded to the Orang Asli community by the private sector.

The SPLASH Scholarship Award is part of the company's Community Development Programme to help enhance the future of the Orang Asli communities through self-growth, development and education.

Apart from the scholarship awards, SPLASH has also trained 24 Orang Asli from Kg Gerachi and Kg Pertak in training for work skills in the construction industry. All 24 are currently working at the SSP3 worksite and will be a pioneer group of Orang Asli to have gained technical skills to work in the construction industry. All 24 will also sit for a competency test at the end of this year and will be awarded the CIDB (Construction Industry Development Board) Certificate of Competency.

YAB Dato' Dr Mohamad Khir commented that the SPLASH Community Development Programme reflected similar objectives with the State's plans to develop the rakyat while achieving an industrialised state by 2005.

In meeting with more than 300 Orang Asli from Kg Gerachi and Kg Pertak after the ceremony, he ensured them that the government is committed to social responsibility and community development. He said while the State will look to development and industrialisation, it will not forsake to help its people gain physical well being and develop moral, spiritual and intellectual capability.

He ensured them that both the government and private sectors will not forget that industrialisation, spiritual and intellectual development must go hand in hand."

YAB also handed out Lot Numbers to 84 Orang Asli families for their new homes in the SSP3 Resettlement Programme. Over 300 Orang Asli from both Kg Gerachi and Kg Pertak were at the ceremony and eager with anticipation over their new homes."

41 families from Kg Gerachi will be able to move in by early 2001 and 43 families from Kg Pertak will move in by mid 2001. Work on both of the two new villages have begun and are progressing rapidly on schedule.

Aside from their new villages, they will also look forward to a steadier source of income from oil palm plantations provided as part of the programme to resettle and help them in self-development and gain a better standard of living.

The morning's `Programme Mesra Rakyat' also comprised medical and dental checks for the Orang Asli as part of SPLASH's Community Service and was led by the Dato' Menteri Besar as he encouraged them to make use of the facilities provided.

While addressing the ceremony, YAB Dato' Dr Mohamad Khir cited SSP3 as the State's major and last available source of water and an important component of the Sg Selangor Water Supply Scheme to ensure a reliable and continuous supply of water for Selangor and the Federal Territory.

He said that in order to avert another 1998 water crisis, the State would not only do its part in supply and management but also look into problems like NRW, water wastage and the need for public understanding and practice of water conservation.

The Dato' Menteri Besar was also taken on a site visit by Encik Azmi Mat Nor. Construction status of SSP3 is now as follow:
  • Road realignment : 32%
  • Dam : 10%
  • New Kg Gerachi Village : 20%
  • Rasa Water Treatment Plant : 9%

He said that in order to avert another 1998 water crisis, the State would not only do its part in supply and management but also look into problems like NRW, water wastage and the need for public understanding and practice of water conservation.


Top of the page



 
     
d height="33" width="9" align="left" background="../../pic/content/siderightx.gif">