Children’s Gallery : Winning Entries for the Essay Writing Competition Titled ‘Air penting kerana…’

Khairul Khusairi Bin Kamaludin
PEMENANG KETIGA


Kegunaan Air Yang Semakin Bertambah Dan Pengeluarannya Terbatas

Air penting kerana ia adalah salah satu dari tiga unsur alam yang diperlukan bagi kehidupan seharian kita. Selain dari tanah dan udara, dunia dan manusia ini tercipta sebahagian besar dari air. Air merupakan bahan penting bagi seluruh kehidupan di dunia terutamanya manusia, haiwan dan tumbuhan.

Di bumi kita, isipadu air dianggarkan 1.386 billion kilometer padu. 95.6 peratus dari jumlah air ini adalah meliputi lautan. Walaupun ia melebihi air dari dalam bumi, namun masalah tetap dihadapi manusia, terutamanya pada musim kemarau.

Penduduk dunia telah bertambah lebih dari dua kali ganda sejak tahun 1900 dan jumlah penggunaan air sudah tentulah akan meningkat lebih daripada itu, iaitu tujuh kali ganda dari 500 km menjadi 3500 km. Ini adalah kerana peningkatan permintaan penduduk yang semakin meningkat dan ia digunakan secara membazir pula.

Penggunaan air bukan sahaja untuk keperluan minuman, mandi, membasuh malah ia diperlukan untuk sesuatu industri di dalam dunia moden. Misalnya sepuluh meter padu diperlukan untuk menghasilkan satu tan bahan api biasa. Janakuasa haba juga perlu menggunakannya dengan keperluan satu juta kilowatt serendahnya diantara 1.2 hingga 1.6 billion meter padu air setiap tahun. Begitulah angka tunjuk yang memberitahu kepada kita, betapa air itu amat perlu dalam kehidupan moden sekarang.

Akan tetapi faktor yang boleh menambahkan permintaan air ini ialah dengan bertambahnya bilangan penduduk dunia. Apakah akan berlaku dan berapakah besarnya jumlah peratus sekiranya menjelang tahun 2020 penduduk dunia akan mencapai angka 15 hingga 16 billion orang? Manusia seharusnya memikirkan perkara ini, kerana air juga salah satu sumber yang akan menentukan manusia itu hidup atau mati. Tetapi malangnya seperti di negara kita, walaupun air itu tidak menjadi begitu genting dan sering diperingati oleh pihak yang berkenaan untuk menjimatkannya, namun kebanyakkan daripada kita masih membazirkan air. Kita seperti tidak sedar bahawa kita juga akan menghadapi dan telah juga merasai kekurangan air sekiranya langkah-langkah penting tidak diambil seperti yang telah terjadi beberapa tahun dahulu.

Sektor-sektor industri juga sepatutnya melihat kembali tentang penggunaan air yang amat berlebihan ini. Perkembangan teknologi dan industri yang tidak pernah memberi amaran kepada manusia betapa bahayanya air yang telah diminum oleh sektor perkilangan, tetapi ianya tetap terjejas dengan yang ada sekarang, apalagi menjelang tahun 2020 misalnya.

Para penyelidik telah mengkaji, misalnya dalam tahun 1900, penggunaan air tahunan purata berjumlah 240 meter tiap-tiap seorang. Tapi menjelang tahun 2020 mengikut perkiraan yang dibuat ia akan meningkat sehingga 1,310 meter setahun.

Dalam dunia industri yang semakin maju yang menggunakan air secara tidak terkawal pula dari 30 kilometer setahun menjadi 630 kilometer setahun dalam tahun 1975. Ini menunjukkan lebih dari 20 kali ganda. Manakala sektor pertanian yang diusahakan oleh manusia bertambah enam kali ganda, iaitu dari 350 kilometer menjadi 2,100 kilometer setiap tahun.

Walaupun semua ini merupakan kajian dan ramalan masa depan, tapi kita seharusnya menyakini yang masalah air ini adalah satu isu sosial dan ekonomi yang bakal dihadapi. Oleh itu kita seharusnya bersedia dari sekarang, sama ada mencari jalan keluar atau langkah menjimat dari pembaziran. Hujan adalah sumber yang utama pada musim tertentu. Tapi dengan kemajuan dunia sekarang, hujan mungkin tidak selebat dulu kerana beberapa sebab. Apalah ertinya hujan bagi manusia untuk menyimpan air sekiranya tidak ada tempayan atau takungan misalnya. Begitu juga apalah ertinya hujan yang mencurah ke bumi sekiranya tidak ada penahan atau tapisan dari bukit bukau, belantara atau hutan yang dapat disedut oleh akar-akar bagi menyimpan air pada satu waktu yang lain.

Persoalan yang penting bagi kita sekarang terhadap air ialah membolehkan manusia hidup dan bekerja, memerlukan air yang berkualiti terutamanya air tawar. Tapi bagaimana mungkin sekiranya air tawar itu merosot dari tahun ke tahun kerana beberapa faktor yang mungkin berlaku.

Oleh itu langkah pertama yang harus dapat kita menyelamatkan air dari berkurangan terus menerus untuk penggunaan manusia mahupun industri ialah dengan mengekalkan keadaan alam semula jadi. Bukit bukau dan tumbuh-tumbuhan tidak seharusnya kita beranggapan sangat perlu bagi bahan pembangunan tapi juga harus difikirkan dari kegunaan untuk keperluan masa hadapan.

Dari penyelidikan, lebih daripada 10.5 juta kilometer air tawar berada di dalam tanah. Simpanan ini merupakan salah satu daripada punca bekalan yang penting bagi sesebuah negara. Walau bagaimanapun simpanan ini tidak tentu akan selamat kerana taburannya tidak sama rata di seluruh dunia dan ianya hanya dapat digunakan apabila ia meresap ke bawah daripada permukaan bumi.

Jadi bagaimana ianya akan tersimpan jika bukit menjadi gondol, hutan dan rimba ditebang sehingga cerah?

Satu tabiat aliran air di mana-mana dunia pun ialah ia akan mengalir dari tempat tinggi ke tempat yang lebih rendah dan ia akan terus ke laut. Oleh itu lautan merupakan sebuah logi Allah yang maha besar yang boleh menawarkan air yang menjamin kualiti mahupun kuantiti punca-punca bekalan air.

Kerana itu, maka langkah segera hendaklah diambil untuk menawarkan air laut bagi menjamin kekurangan air pada masa depan, walaupun isu di negara kita belum lagi serius.

Memproses air masin menjadi tawar bukan sahaja dapat digunakan oleh rakyat dengan baik dan mencukupi tapi juga dapat menyelamatkan ekonomi dan ianya akan dapat digunakan dengan lebih meluas lagi pada masa akan datang. Selain dari itu pihak berkuasa haruslah memikirkan pula cara-cara lain yang boleh memanfaatkan air bagi manusia. Misalnya air yang terpakai mestilah dicairkan dalam sekurang-kurangnya 10 kaliganda dari isipadu air tulen yang asalnya supaya sesuai digunakan meskipun cecair keluar daripada setengah industri kimia mungkin memerlukan sehingga sebanyak 100 kali ganda isipadu asalnya.

Oleh itu langkah tegas yang harus dilakukan untuk mengelak dari kekurangan air, selain dari menghapuskan sikap pembaziran ialah dengan merencanakan suatu pendekatan yang konprenhensif lagi menyeluruh terhadap eksplotasi punca air itu. Dengan adanya perancangan yang saintifik, beberapa langkah tertentu boleh diperkembangkan sama ada di peringkat kebangsaan, kawasan mahupun dunia untuk mencegah kemerosotan sumber air.